Rabu, 21 Januari 2015

Buku Revisi Smart Sejarah Tingkatan 4 & 5


Kelahiran buku tulisan saya yang pertama ini mendorong saya untuk menghasilkan satu blog khusus untuk pelajar-pelajar mendalami ilmu sejarah.Saya hanya seorang guru biasa yang sangat mencintai sejarah dan ingin berjuang melalui pendidikan mengenai ilmu sejarah.Tahun 2015 genap 15 tahun,saya bergelar guru sejarah,Ijazah Pertama dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan dalam bidang yang sama mengikat saya untuk terus bersama bidang yang saya cintai ini.

Tahun 2013 saya ditawarkan oleh Syarikat Penerbitan Ilmu Bakti untuk menulis satu buku ulangkaji yang berkonsepkan nota poket,peluang ini saya manfaatkan hingga lahirnya buku kecil ini.


                        Buku ini berkonsepkan nota ringkas yang menarik beserta gambar-gambar


Pendekatan penulisan begini diharap memudahkan pelajar menguasai fakta .
Muka depan buku ini,,boleh dapatkan di kedai-kedai buku dengan harga RM 7.90


Semoga saya terus istiqamah untuk mengajak pelajar-pelajar meminati sejarah.